Sawan demam Sawan

Sawan demam adalah:

  • sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 380C.
  • ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam.
  • pada kebiasaannya berlaku kepada mereka dalam lingkungan umur 6 bulan sehingga 6 tahun.

Sebab sawan demam:Demam terlalu tinggi, kebanyakannya berpunca daripada:

Jika sawan berlaku melebihi 15 minit, ia boleh mengakibatkan kecacatan otak.

30% sawan demam boleh berulang. Sawan demam juga berkait dengan keturunan. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.

Hanya segelintir kecil kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsi.

Cara mengenali sawan demam:

  • Badan terasa panas.
  • Badan dan kaki tegang
  • Kaki dan tangan mungkin tersentak-sentak tanpa rangsangan
  • Mungkin terjatuh
  • Mulut berbuih
  • Terbuang air kecil
  • Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjaga juga kelihatan bingung seketika, kemudian kembali aktif.

Perkara yang harus dilakukan:

  • Lakukan mandi berjelum.
  • Tanggalkan pakaian, pakaikan baju nipis sahaja.
  • Berikan ubat demam (paracetamol) sebagaimana yang diarahkan
  • Pasangkan kipas atau beri peredaran udara yang baik.